Tuesday 2 October 2012

Sketsa Di Antara Ustaz Dan Seorang Remaja

Mereka terserempak di sebuah pasaraya . Dan kisah ini bermula . jeng jeng jeng ~

remaja : Assalamualaikum , ustaz ! ehh , ustaz beli barang apa tu ? macam banyak je ? eh , alang-alang dah jumpa ustaz ni kan, saya nak ajak ustaz datang ke majlis hari jadi saya . boleh ? ni pun saya tengah beli barang-barang untuk party nanti .

ustaz : Waalaikumusalam wa

rahmatullah . takdelah banyak sangat . insyaAllah saya boleh datang . ehh , banyaknya air dalam botol kamu beli ?

remaja : ohh ustaz , air ni syok woo . mesti ramai tetamu nak . takut cepat habis , saya beli banyak-banyak.

ustaz : oh , jenama apa ni ? apa yang syok sangat ?


remaja : ohh , ni jenama tuttt . dia ada sedikit alkohol je .tak memabukkan pun . kira halal lah ni . syok tau .

ustaz : (istighfar dalam hati) macamana kamu tau dia halal ?

remaja : lahh , dah arak tu sejenis minuman yang memabukkan . ni belum dikategorikan sebagai arak lah ni .ade 3% je pun alkohol . kira halal lah !

ustaz : okay . macam ni . awak nak ikut saya pegi kedai makan tak ? kedai makan tu kan , syok tau . rugi kalau awak tak pegi . saya paling suka sayur dia !

remaja : ape yang special sangat ?

ustaz : ohh , dia ada letak secebis je daging khinzir . sayur banyak . mesti sedap . jomlah .

remaja : ustaz ni gila ape ?! dah campur dengan khinzir , mestilah haram!



ustaz : alahh , kenape haram pulak ? secebis je pun .

remaja : secebis pun ! haram jugak !

ustaz : dah tu , bukankah sama macam arak awak ?

remaja : (diam)

ustaz : sahabat , tengok . dalam islam , maksud arak ialah minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan . tak semestinya dia mengadungi alkohol yang sikit , ia halal . tahu tak , dengan sedikit ni lah yang boleh buat kita ketagih ? yang sedikit ni lah yang boleh buat awak terjebak dengan arak ?

remaja : saya minta maaf ustaz . saya janji tak beli lagi .

#lalu remaja tersebut meletakkan semula minuman-minuman tersebut ke tempat asal dan memilih untuk menghidangkan jus buah-buahan untuk tetamu kelak.. :)

 ❤❤❤  yang halal itu lebih baik ❤❤❤

No comments:

Post a Comment

Dah datang tu rajin-rajin lah comment okayyy! =D