Tuesday 9 October 2012

Maaf...Addin nak marah bole??? =)


okay..sebenarnya Addin bukan lah jenis yang senang atau suka nak marah...
tapi Addin sangat TIDAK SUKA kalau bagi Addin kerja yang last minutes punye...

Addin paham semua masing-masing busy...
tapi kalian pun paham lah Addin okay...

Addin memang PENDIAM...tetapi kekadang makan dalam lah weiii....
Kita kan 1 group..
So,,,kalau tau diri sendiri tu busy banyak sangat pegang jawatan...
takpe..bagi je Addin buat semua assignment , tutorial , EOC blablablabla...
tapi jangan ler esok pagi nak hantar baru petang semalam kau bagi...

ADDIN TAK SUKA!!

so...bila marah Addin kena ingat balik..
kita nie manusia kan kan kan kan ...
Insya Allah Addin masih boleh lagi bersabar...


Ramai manusia yang kecundang dengan ujian Allah kerana tiada sifat sabar. Begitu juga kerana tidak dapat mengawal diri daripada segala ujian dan pahit getir hidup dengan bersabar.
Dalam al-Quran terdapat 49 ayat yang menjelaskan dan menceritakan sifat kesabaran. Antaranya Allah berfirman: 
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar. 
(al-Baqarah: 153).

Selanjutnya, Allah berfirman lagi: 
Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
 (al-Baqarah: 155).
Jelaslah, orang-orang yang sabar dengan ujian Allah berkaitan dengan ujian ketakutan, kelaparan, cuaca panas, banjir, kekurangan harta dan jiwa akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah. Balasan tersebut merupakan pahala dan juga hikmah yang lain, yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya


No comments:

Post a Comment

Dah datang tu rajin-rajin lah comment okayyy! =D