Saat cinta berputik, semua terasa indah. Tak mungkin dimungkiri,
Bahawa kerana cinta ini dipercayai banyak orang memilki kekuatan yang unik dan dahsyat.
Boleh mendekatkan yang jauh.
Boleh menyatukan yang berbeza.
Boleh menukar yang sederhana menjadi sangat istimewa.
Kerja cinta memang mengikat. Mengikat antara dua insan sehingga menjadi sepasang kekasih.
Mengikat dua insan sehingga menjadi saudara. Mengikat dua insan sehingga menjadi sahabat.
Semua itu adalah kerana kerja cinta.
Dalam kehidupan berumah tangga, cinta perlu dihadirkan di sana.
Bukan hanya memberi warna, namun juga menjadi roh yang senantiasa menjaga nadi pernikahan agar tetap berdenyut. Jika cinta sudah tak ada, maka biasanya selesailah sebuah rumah tangga, kerana tak ada lagi kekuatan yang mendorong masing-masing untuk tetap bersama atas nama cinta.
Perselisihan bukanlah akhir dari segalanya di antara kita
Berapa banyak perselisihan yang melahirkan kebersamaan
Kalimat syair di atas hanya akan terjadi jika masih ada cinta yang terus bekerja
dan menyemai antara seseorang dengan pasangannya.
Namun, melihat dimensi keagungan cinta, apakah ia sudah merupakan segalanya dalam kehidupan rumah tangga kita?
Perlu kita sedari, bahawa keluarga muslim adalah keluarga yang berorientasi akhirat.
Ertinya, kebersamaan bersama dengan pasangan kita tentu juga harus diorientasikan jauh ke akhirat sana.
Bukan hanya sebatas kehidupan dunia saja.
Ketika jiwa meregang nyawa kemudian kebersamaan menjadi selesai begitu saja.
Namun kebersamaan di sini harus berhujung kebersamaan kelak di syurga.
Apakah cinta saja mampu menyatukan kita dengan pasangan kita kelak di akhirat? Mari kita semak baik-baik firman Allah Taala,
”Orang yang saling mencintai pada hari itu sebagiannya akan menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (QS. Az-Zukhruf [43] : 67)
Kata Al-Akhillaa’ (Orang-orang yang mencintai) berasal dari kata al-khullah (cinta). Namun kata khullah ini ertinya adalah cinta yang bukan hanya sekadar cinta. Khullah ertinya adalah cinta yang begitu dalam dan besar. Kerana itulah Nabi Ibrahim mendapatkan gelar Al-khalil (Kekasih Allah).
Akan tetapi, meskipun mereka di dunia memiliki kualiti cinta yang luar biasa, ternyata itu tidak cukup untuk membuat mereka boleh bersanding di syurga. Tentu ada kekuatan lain, selain cinta, yang boleh menyatukan kita dengan pasangan kita kelak di syurga.
Tetapi apa kekuatan itu?
Allah mengatakan, “kecuali orang-orang yang bertakwa.” Ertinya, orang-orang yang bertakwa mendapatkan kesempatan untuk melanjutkan cintanya sampai kelak di syurga. Pasangan suami isteri yang bertakwa kelak akan terus memadu cinta sampai ke syurga.
Bagaimana hal itu boleh terjadi?
Itu kerana mereka berlandaskan cinta mereka kepada pasangannya di atas paksi ketakwaan kepada Allah Taala. Bangunan rumah tangga muslim memang harus berdiri di atas paksi takwa.
Cinta, mengikat dan menyatukan kita dengan pasangan kita.
Kerana itu memang kerja cinta, bukan sebagai paksi. Paksinya adalah takwa. Jika itu tidak kita lakukan, maka bangunan rumah tangga kita terlalu ‘rapuh’ dan lemah untuk menopang kebersamaan sampai kelak di syurga.
Sebuah rumah tangga yang dibina di atas paksi takwa akan hidup dengan penuh kebaikan di dalamnya.
Mereka akan saling mengingatkan untuk senantiasa meniti jalur ketaatan kepada Allah.
Bila pasangan khilaf dan kurang dalam beribadah kepada Allah,
maka dia mengingatkannya dan memotivasinya agar terus meningkatkan kualiti ibadahnya.
Inilah cinta yang hakiki. Cinta di atas tunggak takwa. Cinta yang membuat seorang suami tidak tenang jika isterinya kelak sengsara di akhirat. Cinta yang membuat seorang isteri tidak rela jika suaminya kelak dijadikan bahan bakar api neraka. Sehingga kekuatan takwalah yang kini bicara.
Kekuatan takwa yang akan mendorong isteri untuk selalu taat kepada suami. Kekuatan takwa yang akan membuat suami selalu berusaha memberikan yang terbaik untuk masa depan akhirat isteri.
Konteks bicaranya adalah akhirat.
Untuk keluarga yang seperti ini, kelak Allah akan berkata kepada mereka,
“Masuklah kamu ke dalam syurga dan isteri-isterimu (lalu) kamu akan dimuliakan.” (QS. Az-Zukhruf [9] : 70)
Ar-Razi mengatakan, kata tuhbaruun (kamu akan dimuliakan), maksudnya kemuliaan disitu bukan hanya sekadar ‘ikram’ (kemuliaan biasa), tapi kemuliaan yang benar-benar dilebihkan.
Hal itu diperkuat dengan penjelasan ayat setelahnya tentang bagaimana orang-orang bertakwa dilayan di syurga, “Diedarkan kepada mereka piring-piring dari emas dan cangkir-cangkir.
Di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata, dan kamu akan kekal di dalamnya. Dan itulah syurga yang diwariskan kepadamu disebabkan amal-amal yang dahulu kamu kerjakan. Di dalam syurga itu ada buah-buahan yang banyak untukmu yang sebagiannya kamu makan.” (QS. Az-Zukhruf [9] : 71-73)Ternyata ada kekuatan yang lebih dahsyat dari cinta iaitu kekuatan takwa.
Sehingga sangatlah layak jika kita sampaikan risalah hati kita kepada pasangan kita.
Cintaku kepadamu menjadi tidak bererti
Jika tidak melahirkan rasa takut pada Ilahi
Biarkan cinta tetap bersemi. Biarkan takwa selalu memberi erti.
Kerana sesungguhnya aku ingin kita kelak tetap boleh bersama sehingga meraih syurgaNya
No comments:
Post a Comment
Dah datang tu rajin-rajin lah comment okayyy! =D