Isu kahwin semasa waktu belajar memang selalu menjadi suatu persoalan yang besar
bermain difikiran anak-anak muda pada waktu sekarang. Berikut adalah
petikan dari buku Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri (Ust. Burhan Sodiq)
mengenai pandangan ulama-ulama yang memberi nasihat berkenaan isu ini.
Menunda perkahwinan menurut Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin adalah sikap yang bertentangan dengan perintah Rasulullah SAW:
Rasulullah SAW bersabda:
“Jika seorang lelaki yang engkau sukai agama dan akhlaknya melamar, maka nikahilah dia (dengan puterimu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, maka akan ada fitnah di atas bumi dan kerosakan”
Rasulullah SAW juga bersabda,
” Wahai para pemuda, barang siapa di antara kalian yang memiliki kesanggupan, maka hendaklah dia berkahwin. Kerana sesungguhnya berkahwin lebih menjaga pandangan dan lebih memelihara kemaluan.”
Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin menasihati wali wanita, dan wanita itu sendiri; janganlah menolak untuk berkahwin dengan alasan belajar atau mengajar.
Namun
adakalanya seorang wanita belajar menggapai ilmu yang tidak diperlukan
oleh umat Islam. Dalam kaitannya dengan kes ini, diperlukan pertimbangan
dan pemikiran yang saksama. Menurut pendapat Syeikh Muhamad Bin Shalih
Al-Utsaimin, jika dia telah mampu membaca Al-Quran sekali gus
tafsirannya, dan dia juga dapat membaca hadis dan sekaligus tafsirannya,
maka hal ini sudah cukup.
Namun
tidak mengapa jika dia mendalami ilmu yang sangat diperlukan umat ,
seperti ilmu kedoktoran dan ilmu semisalnya. Tetapi dalam proses
pembelajaran itu tidak boleh ada perkara-perkara yang diharamkan Allah
seperti bergaul secara berlebih-lebihan dengan kaum lelaki dan perkara
haram yang lain.
Menurut
pandangan Syeikh Nasyirudin Al-Balihi pula, sebahagian remaja perempuan
mengatakan sesuatu yang tidak patut untuk dikatakan. Mereka mengatakan,
“Aku tidak akan berkahwin
sehingga pelajaranku tamat”. Menurut Syeikh Nasyirudin, tekad remaja
perempuan ini bukanlah suatu masalah, jika pelajarannya akan selesai
dalam waktu terdekat.
Namun jika
pelajarannya hanya akan selesai beberapa tahun kemudian, maka saya
(Syeikh Nasyirudin) tidak bersetuju jika remaja perempuan itu menunda
perkahwinan dengan alasan untuk menyelesaikan pelajaran, apatah lagi
jika dia menghadapi mata pelajaran yang sukar dan tidak tidak sesuai
dengan selera pilihannya. Betapa ramai muslimah yang sudah berusia matang yang masih lagi belum bertemu jodohnya.
Seringkali sebuah nasihat daripada seorang ulama yang hanif, akan memberikan ketenangan hati. Ibarat sebuah dakapan erat yang menenangkan jiwa bergelojak, ibarat tegukan air segar yang menghilangkan dahaga. Semoga beberapa nasihat dari para ulama soleh yang sarat akan hikmah-hikmah besar ini dapat menjadi pelipur hati yang sedang menanti, dan jiwa merindu.
sumber rujukan: Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri (Ust Burhan Sodiq)
No comments:
Post a Comment
Dah datang tu rajin-rajin lah comment okayyy! =D