Tuesday 3 December 2013

Robot Show di Shah Alam Convention Centre

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera!


Selamat Malam dear all. Tetiba rasa nak masukkan video ni dalam belog saya pula. Hihihi.

Al-kisah video ini berlaku pada November 16th , 2013 di Shah Alam Convention Centre (SACC). Dimana Addin dan rakan kuliah di minta buat pertunjukkan Robot Nao. Tiada apa, cuma agar dapat menarik minat para pelajar yang minatkan dunia teknologi robot.

Actually, banyak lagi pertunjukkan. Mungkin kepada mereka yang minat perkara lain juga banyak. Contoh seperti cara hidup tradisional. Addin juga sempat ambil bahagian untuk acara menghidupkan api guna lesung gergasi. Letih sekali. Jadi, ketahuilah Addin orang zaman dulu itu usahanya lebih! Kerna itu mereka semua banyak yang sihat dan sukar untuk sakit.

Pelbagai IPTA dan IPTS yang hadir untuk show masing-masing. Anjuran sebenarnya daripada Kolej Komuniti, tapi di ajak semua buat memeriahkan majlis.

Video di bawah ini hasil rakaman Muhammad Fiqkri Shah teman Addin. Addin cuma rembat lalu masuk ke belog. Untung-untung boleh jadi kenangan suatu masa nanti =)

Tajuk cara berdansa buat si comel Nao ini menari ialah Gentleman.


No comments:

Post a Comment

Dah datang tu rajin-rajin lah comment okayyy! =D