Saturday 15 June 2013

Setup C++ untuk Robot NAO

Assalamualaikum warohmatullahi wobarokatuh dan selamat sejahtera.
Hii teman-teman, nampaknya semester sudah mahu naik lagi,barangkali Addin semakin busy lah nampaknya,tetapi masih sempat lagi Addin meng-update vlog ini kannss =)
Usah risau, masa itu milik Allah. Jika kita selalu meluangkan masa untuk-Nya, Allah pun akan memberi kita kelapangan dalam 24jam itu =D

Sebenarnya, hari ini Addin mau membuat 1 lagi perkongsian mengenai C++.
Tetapi ia lebih pada menghubungkan C++ bersama robot. Ini Addin pelajari daripada Mr. Alban Nanly (France) di kursus suatu ketika dulu.(eceh,,ayat macam 10 tahun lepas jer..ekekekeke)


So, tanpa berbasa-basi, tajuk kita hari ini ialah "Setup C++ untuk Robot NaO".
Lets started!

Sekarang apa yang kita perlu kan untuk Setup C++ kepada robot NaO??
Jadi, bagi pengguna tingkap (Windows) apa yang kita perlukan ialah :
-Visual Studio 2008 0r 2010
-CMake 2.8.3
-Python 2.7
-SDK C++
-QiBuild

Untuk pengguna Linux atau Mac pula, kita perlukan :
-gcc / QtCreator / Eclipse / Xcode
-Python 2.7
-SDK C++
-QiBuild
-ssh, scp (for cross-compilation)

//Perhatian ya teman-teman cross-compilation hanya di support oleh Linux dan Mac.

Walau bagaimanapun, perkongsian Addin kali ini adalah untuk ahli-ahli mesyuarat tingkap. Sebab, Addin lagi menggunakan Windows sekarang =)

Okay, jom ikuti langkah-langkah berikut.
  •  Install dulu CMake 2.8.3 dan Python 2.7 seperti biasa
  •  Pergi ke 'Computer Properties' kemudian pilih 'Advanced system settings' dan click ke 'Environment Variables'.
  Masukkan ~~C:\Python27;C:\Python27\scripts;~~ kedalam PATH di belakang sekali agar tidak berlaku kekeliruan.
  •  Download SDK di website Aldebaran yang sama version dengan Visual Studio kalian.Jika tidak ketemu, PM saya di facebook atau  twitter.
  •  Unzip QiBuild SDK tersebut dan pindahkan file itu ke drive C (Local Disk)
  •  Install qibuild(.bat). <batch> Pabila ia telah run dan jika ada dos keluar "Press any button to continue", its okay, tekan je mana-mana button.
  •  Kemudian, kalian buka command prompt taip ~~ qibuild config --wizard
kebiasaanya di sini CMake akan tidak dijumpai. Kalau yang jumpa tu bole langkah seterusnya, kalau tidak jumpa, follow foto rajah dibawah ini. =)

  •  Kemudian isikan (.exe) files CMakes tersebut. Contoh untuk yang Addin punya : ~~ C:\Program Files (x86)\CMake 2.8\bin
  •  Terus akan ada soalan yang harus di jawab. Pilih aja version yang kalian gunakan. Tetapi soalan 2 dan 3 harus jawapannya : "Visual Studio" dan "NO"

  •  Untuk tidak mengkelirukan, Addin suggest open new command prompt untuk langkah seterusnya.
  •  Sekarang kita masuk ke example SDK di command prompt
  •  Kemudian taip ~~ qibuild init --force
  •  Langkah seterusnya, kita bina toolchain ~~ qitoolchain create mytoolchain /path/to/cpp/sdk/toolchain.xml --default


akan keluar code-code yang panjang. Tak perlu baca pun, dia keluar laju-laju. Tunggu abis jer. xP

  •  Contoh command adalah "Hello World" untuk robot cakap. 
  Taip ~~ cd core/helloworld
          ~~ qibuild configure -c mytoolchain
          ~~ qibuild make -c mytoolchain



akhirnya, lihat tu..sudah succeeded =)

  •  Buka fail "Hello World" tadi
  •  Visual Studio dah buka? Okay, right click pada project "HelloWorld" dan pilih "Set as a Startup Project"
  •  Kemudian right click sekali lagi project "HelloWorld" dan click "Properties". Pilih debugging dan adjust command argument (--pip [robot_ip]).

Okkaayyysss!! Siapp!! Sekaranh ayuh test ke robot.

Tekan button Ctrl+F7, pabila succeeded tekan pula Ctrl+F5.
Robot akan cakap "Hello World" dan di screen laptop kalian akan keluar seperti foto rajah di bawah tanda kalian berjaya!!!


Woooaaa..siap pun!! Percayalah, lagi penat taiping di vlog berbanding Setup C++ untuk robot Nao. Almaklum, Addin taip nya agak lambat bak kata Mr.F.. =D

Sekian aja. Salam sayang dari saya, Raisha Qaireen Izla.

No comments:

Post a Comment

Dah datang tu rajin-rajin lah comment okayyy! =D